suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu semua menjadi, Janna Nick mahu terus menyanyi... "Suara sedap lagu tak jadi tiada guna"

SIBUK menguruskan pelbagai komitmen dalam dunia seni tidak menghalang pelakon dan pengacara Janna Nick daripada meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Menurut Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, bidang nyanyian masih menjadi sebahagian daripada perjalanan seninya meskipun perlu membahagikan masa dengan pelbagai tanggungjawab lain.

Malah, dia berpendapat suara yang merdu bukanlah satu-satunya faktor penentu kejayaan sesebuah lagu.

"Karier menyanyi akan diteruskan. Walaupun suara saya biasa-biasa, tapi lagu saya semua menjadi.

"Suara sedap, lagu tak jadi pun tak guna. Jadi, kita akan terus berkarya dan keluarkan lagu lagi.

"Komitmen untuk menjadi seorang penyanyi tidak lama berbanding pelakon. Saya lebih fikirkan soal masa. Kalau ada masa untuk menyanyi, saya akan lakukan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Janna memberitahu fokusnya dalam industri seni kini lebih terarah kepada kerja-kerja di belakang tabir berbanding memberi tumpuan kepada bidang lakonan seperti sebelum ini.

Katanya, dia juga masih menerima tawaran berlakon, namun terpaksa menolak beberapa peluang disebabkan komitmen kerja sedia ada.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi