PELAKON Halle Berry memfailkan permohonan mahkamah agar mengembalikan aturan hak penjagaan bersama terhadap anak lelakinya, Maceo.Ia susulan insiden pertikaian yang berterusan dengan bekas suaminya, Olivier Martinez, menjejaskan hubungan mereka. Permohonan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Los Angeles County, Amerika Syarikat, menuntut agar jadual penjagaan terhadap Maceo dikembalikan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Ogos 2023 bersama Martinez selepas mereka berpisah.Berry tuntut keadilan buat dirinya. Berdasarkan persetujuan tersebut, Berry dan Martinez berkongsi hak penjagaan anak mereka sepanjang minggu serta bergilir-gilir.Menerusi dokumen mahkamah, pelakon itu turut meluahkan kebimbangan andai situasi yang berlaku akan terus berlarutan sehingga menjejaskan hubungannya dengan Maceo."Maceo menunjukkan semakin kurang mesra dengan saya. Dia tidak lagi membalas sentuhan seperti kebiasaan, dia tidak lagi membalas apabila saya katakan sayang kepadanya."Kami sedang mengalami keretakan serius dalam hubungan, namun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menangani punca masalah itu, selain tidak mendapat sokongan terapi yang diperlukan," jelas dokumen tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Halle Berry terlepas hak penjagaan sama rata, bekas suami dakwa aktres cekik anak ARTIKEL BERKAITAN: Terlepas hak penjagaan, Halle Berry tak terkejut bekas suami fail dakwaan dera anakPada awal Oktober, Martinez memfailkan permohonan hak penjagaan penuh terhadap Maceo selepas mendakwa bekas isterinya itu melakukan penderaan terhadap anak mereka.Mahkamah kemudian menetapkan had masa terhadap Berry untuk bertemu Maceo dan tiada waktu bermalam dibenarkan.Untuk rekod, Berry dan Martinez berkahwin pada 2013, namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama dua tahun.Perceraian mereka hanya dimuktamadkan pada 2023, di mana kedua-duanya mendapat hak penjagaan anak bersama.TONTON VIDEO PILIHAN!